M3OOO ENTERPRISE

Saturday, December 12, 2009

KERTAS KERJA PERTANIAN JAGUNG SECARA KORMERSIAL

KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA DENGAN MEMBANTU ANDA UNTUK KERTAS KERJA PERTANIAN JAGUNG ANDA..CUMA PERTU MENG E-MAIL KAMI.. ATAU CALL ..






Monday, March 16, 2009

SUPPLIER AND DISTRIBUTER

KEPADA ANDA DILUAR SANA SELURUH WARGA SEMENANJUNG MALAYSIA YANG INGIN ATAU BERMINAT UNTUK BERTANI JAGUNG MANIS/JAGUNG SUSU/JAGUNG TAIWAN/JAGUNG F1/BLACK CORN/SWEET CORN SECARA BERJADUAL ATAU BERKALA TETAPI RISAU AKAN KETIADAAN PERAIH ... KAMI M3000 AMAT MENGALU-ALUKAN PERTANIAN ANDA... KAMI MENYEDIAKAN KONTRAK FARMING ATAU PERTANIAN BERKONTRAK ....

SEPERTI DIBAWAH ...

-->Kontrak Pemasaran Produk Segar

PENGENALAN

Kontrak Pemasaran ialah satu ikatan persetujuan di antara pengeluar dan M3000 ENTERPRISE, di mana M3000 ENTERPRISE bersetuju memasarkan hasil pertanian yang dibekalkan oleh pengeluar dengan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.

Pengeluar yang layak mendapat kemudahan ini adalah pengeluar-pengeluar jenis tanaman, ikan dan ternakan yang menjadi tumpuan M3000 ENTERPRISE.

Melalui kontrak pemasaran ini, pengeluar hasil-hasil pertanian akan dapat memberi tumpuan kepada usaha pengeluaran, sementara aktiviti pemasaran dikendalikan oleh M3000 ENTERPRISE.

Pengkhususan tugas ini dirancang supaya dapat meningkatkan keyakinan pengeluar dan boleh menaikkan kadar produktviti serta kualiti hasil yang dikeluarkan.

Perkhidmatan pemasaran yang disediakan oleh M3000 ENTERPRISE termasuk perkhidmatan sokongan seperti penyebaran maklumat pasaran, dan penyediaan kemudahan infrastruktur seperti Pusat Pengumpulan Ladang, Pusat Pemasaran dan Pusat Pengedaran. Perkhidmatan-perkhidmatan ini dibentuk supaya dapat membantu pengeluar mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti dan yang dapat memenuhi kehendak pasaran.

MATLAMAT

Program kontrak pemasaran diadakan dengan matlamat-matlamat berikut:

  • Untuk mewujudkan luang pasaran yang terjamin kepada pengeluar yang terlibat di dalam pengeluaran hasil pertanian
  • Menyediakan bekalan produk pertanian yang berkualiti secara berterusan di pasaran
  • Menyediakan bekalan yang seimbang supaya harga keluaran pertanian dapat distabilkan
  • Mempercepatkan proses pembinaan teknologi dan sistem pelabelan hasil pertanian
  • Untuk membangunkan usahawan tani yang berdaya maju

KAEDAH PELAKSANAAN

Kontrak pemasaran dilaksanakan melalui tiga cara seperti berikut:

  1. Konsep Jaminan Pasaran Ikut Peratus

-

Pengeluar menggunakan modalnya sendiri dalam sesuatu projek pertanian

-

Belian M3000 ENTERPRISE tidak melebihi 50% dari jumlah hasil yang dikeluarkan. Perkiraan 50% berdasarkan hari kutipan

-

Sebagai contoh, keluaran hasil pertama 100% pengeluaran dijual kepada M3000 ENTERPRISE dan keluaran hasil kedua 100% dijual kepada pembeli lain, atau sebaliknya, sehingga habis keluaran

-

Belian M3000 ENTERPRISE berdasarkan kuantiti, gred, varieti, kualiti dan spesifikasi yang telah ditetapkan

Kaedah ini sesuai digunakan oleh pengeluar komersil yang telah mempunyai pasaran sedia ada, tetapi ingin meningkatkan pengeluaran serta menambah luang pasarannya.

  1. Konsep Jaminan Pasaran 100 Peratus

-

Pengeluar menggunakan modalnya sendiri untuk mengusaha projek pertanian

-

M3000 ENTERPRISE bertanggungjawab membeli semua hasil keluaran yang memenuhi spesifikasi yang telah dipersetujui bersama

-

Pengeluar tidak boleh menjual hasil kepada pembeli lain

Kaedah ini sesuai digunakan oleh pengeluar yang berkeupayaan dan mempunyai modal untuk mengusahakan projek pertanian sendiri, tetapi belum mempunyai luang pasaran untuk hasil yang dikeluarkan.

  1. Konsep Perkongsian Modal

-

M3000 ENTERPRISE akan membiayai modal dalam bentuk benih keluaran pertanian terpilih atau makanan ternakan sahaja

-

Pengeluar bertanggungjawab mengeluarkan hasil pertanian dan M3000 ENTERPRISE akan membeli hasil keluaran yang memenuhi spesifikasi yang telah dipersetujui bersama

-

Pengeluar tidak boleh menjual hasil keluaran kepada pembeli lain

-

Pengeluar akan mendapat pulangan setelah ditolak kos modal yang dibekalkan oleh M3000 ENTERPRISE.

Kaedah ini sesuai digunakan oleh pengeluar yang berpengalaman dan memiliki tanah sendiri, tetapi tidak mempunyai modal yang mencukupi serta tiada saluran pasaran.

CARA PEMBAYARAN BALIK

Bagi projek pertanian yang mengeluarkan hasil sekali sahaja, bayaran balik modal M3000 ENTERPRISE perlu dibuat sepenuhnya semasa hasil pertanian tersebut dijual. Cara pembayaran balik adalah seperti jadual di bawah:

BELIAN HASIL PERATUSAN BAYARAN / POTONGAN MINIMUM

  • Kali Pertama 30% daripada nilai invois belian (70% dipulangkan kepada pengeluar)
  • Kali Kedua 30% daripada nilai invois belian (70% dipulangkan kepada pengeluar)
  • Kali Ketiga 40% daripada nilai invois (60% dipulangkan kepada pengeluar)
  • Kali Keempat dan seterusnya 40% daripada nilai invois belian (60% dipulangkan kepada pengeluar)

Pengeluar yang dibiayai M3000 ENTERPRISE dan tidak mendapat hasil akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya dikira masih berhutang dengan M3000 ENTERPRISE sehingga pembayaran selesai dibuat.

Dalam hal ini, pengeluar dinasihatkan supaya menyambung projeknya sehingga berjaya. M3000 ENTERPRISE boleh mengeluarkan pembiayaan kali kedua kepada pengeluar tersebut, tertakluk kepada percapaian, kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan.

Bagi pemberian wang pendahuluan kedua, Pejabat M3000 ENTERPRISE mesti mendapat persetujuan daripada Pejabat Pusat M3000 ENTERPRISE terlebih dahulu dengan memberi maklumat lengkap seperti tahap pelaksanaan projek, kuantiti dan kualiti hasil keluaran, serta kesungguhan dan minat petani bagi meneruskan kerjasama dengan pihak M3000 ENTERPRISE.

Pembiayaan benih dan pendahuluan wang tunai yang diberi kepada pengeluar tidak dikenakan apa-apa faedah.

KUMPULAN SASARAN

  • Petani/Peladang/Penternak individu
  • Projek berkelompok
  • Pengeluar komersil
  • Projek-projek di bawah agensi kerajaan

PERKHIDMATAN SOKONGAN M3000 ENTERPRISE

  1. Kemudahan infrastruktur
    Infrastruktur disediakan di peringkat ladang bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan pemasaran. Kemudahan yang disediakan ialah Pusat Pengumpulan Ladang yang berfungsi sebagai tempat menjalankan aktiviti pengendalian lepas tuai, penggredan, pembungkusan dan pelabelan. Peralatan yang sesuai akan disediakan mengikut keperluan aktiviti pengendalian tersebut.
  2. Maklumat Pasaran
    Maklumat pasaran disediakan sebagai panduan dan bahan rujukan bagi memudahkan pengeluar membuat keputusan berkaitan dengan pengeluaran dan pemasaran. Maklumat pasaran yang disediakan adalah seperti
    berikut:
    - Maklumat harga (di peringkat ladang, borong dan runcit)
    - Maklumat bekalan dan permintaan
    - Kajian potensi pasaran
    - Senarai perantara pasaran
  3. Khidmat Nasihat dan Rundingan
    Khidmat nasihat disediakan bagi membantu dan memudahkan pengeluar membuat keputusan memilih jenis tanaman atau ternakan yang ingin diusahakan dan yang memenuhi keperluan dan kehendak pasaran. Panduan pemasaran juga disediakan bagi memudahkan pengeluar memasarkan hasil keluarannya dengan lebih berkesan.
  4. Penerokaan dan Pembangunan Pasaran
    Penerokaan dan pembangunan pasaran dijalankan secara berterusan bagi memastikan pengeluar mendapat pasaran bagi hasil yang dikeluarkannya. Aktiviti ini dijalankan di dalam dan di luar negara melalui misi perdagangan, promosi, pameran, ekspo dan lawatan.

PERMOHONAN MENYERTAI KONTRAK PEMASARAN

Semua pemohon yang ingin menyertai program ini perlu mengemukakan borang permohonan KP-1. ke pejabat M3000 ENTERPRISE yang berdekatan. Pemohon perlu menandatangani perjanjian sekiranya permohonannya diluluskan.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pengeluar sepenuh masa
  • Pemilikan tanah yang sah
  • Berpengalaman dalam bidang yang diceburi

JENIS SAYUR-SAYURAN YANG DIBERI TUMPUAN

Jenis

Varieti

1.Kobis bulat
2.Tomato
3.Cili merah
4.Timun
5.Labu manis
6.Buncis Hijau
7.Halia tua
8.Kacang panjang
9.Terung bulat
10.Terung panjang

KY Cross, US

1039

Kulai

118 , 980

767

cerah

Sabah/Bentong

388 , 328

Ungu tua

328

11.Jagung Pelbagai Jenis


JENIS IKAN YANG DIBERI TUMPUAN

Jenis

Varieti

1.Ikan Keli
2.Ikan Tilapia
3.Ikan Patin
4.Udang

Keli Exotik dan Keli Bunga

Tilapia Merah

Ikan Patin

Udang Galah

JENIS TERNAKAN YANG DIBERI TUMPUAN

Jenis Ternakan

1.Lembu
2.Kambing
3.Puyuh